Thursday, December 15, 2016

New Mission -Jaket Milo

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Dah beberapa hari jugak nampak iklan Milo 
dok boleh tebus jaket segala..
Mula mula macam buat tak tau je..
Sekali tiba tiba tergerak nak pegi Maslee..
ternampaklah borang Milo tu..
Gadis terus sreett je borang tu..


Tengok jaket jaket tu lawa2 pulak..
Adesss..
Memang tak tahan tengok..
Tiba tiba terus berazam nak kan jaket jaket yg ada tu..
Terus je capai tin milo semata nak tebus jaket tu..
Dengan harapan usaha Gadis ni tercapai..
Aminn..

Daaaa..
P/s: husband dok perati je peti ais penuh ngan air milo..hihihi

Tuesday, December 13, 2016

Kek Coklat Moist Ni Sedap Ke?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..

Wah..sekarang Gadis dah ada masa nak menjenguk semula blog kesayangan...

Memang dah takde masa sangat sekarang ni..
ni pun askar askar muda dah tido..
kalau tak memang takde masa la nak mengetuk keyboard ni memalam..

Sekarang Gadis dah buat kek coklat moist..
baru menjinakkan diri ke alam perniagaan secara kecil kecilan..
perniagaan dari rumah..

Kalau u ollss ada masa boleh la jengah ke page kedai kek coklat Gadis..
mana tau tiba tiba teringin nak merasa kek ceklat air tangan Gadis..

Boleh klik kat link tu ya..

Setakat ni Alhamdullillah sambutan agak memberangsangkan dengan sokongan pihak keluarga, rakan-rakan terdekat dan ada jugak on9 dan juga offline..
Terima kasih kerana percaya apa yang Gadis buat untuk korang..
Gadis pun masih belajar macam macam lagi dalam dunia kek ni..
hihihi..

ni adalah contoh kek coklat moist yang Gadis jual..



Terima kasih kepada yang menyokong..
Bye..^_^

P/s : kek ceklat moist ni sedap ke..haaa..meh try dulu..😉😉😉😉

Monday, December 12, 2016

REVIEW - 1 - LEGOLAND Malaysia Resort’s Brick-Tacular Holidays Celebrations

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Hai kawan kawan sekalian semua..

Pada 2 Dec 2016 Gadis dijemput dari pihak Legoland Malaysia Resort untuk memeriahkan pelancaran Pembaharuan KL-Cluster Miniland  & Brictacular Holiday Celebration


Suasana perasmian dengan pelbagai barisan media yang sangat happening.

Sebelum perasmian ada sesi pendaftaran dimana semua wakil wakil media menerima 1 press kit dimana di dalam beg tersebut mengandungi aturcara dan cenderahati dari pihak Legoland Malaysia Resort dan yang paling utama sekali pass masuk Legoland.



Selepas pendaftaran kami terus dibawa ke Miniland di mana kawasan pembaharuan 
KL-Cluster Miniland . Perasmian KL - Cluster Miniland & Brictacular Holiday Celebration.
Bila Gadis nampak je KLCC Tower waktu tu, bangunan tu sangat WOW sbb KLCC Tower dah tak macam dulu..memang superb..


Perasmian KL-Cluster Miniland & Brictacular Holiday Celebration dirasmikan oleh Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort Mr. Young Pil Kim 



Penambahan untuk Miniland -KL Cluster adalah seperti yang berikut :
Bukit Bintang
Bangunan Tabung Haji
Sri Mahamariamman Temple
Wau bulan Arch
National Monument
Sam Kow Tong Temple
Petaling Street Arch

Sebelum perasmian para media diarahkan untuk ambil salah satu minifigure dimana ia boleh diletakkan dimana mana kawasan yang kita kehendakkan dan perletakan minifigure tersebut akan kekal sampai bila bila sebagai tanda kehadiran kami.
Terima Kasih Legoland Malaysia Resort diatas penghargaan buat kami.


Gadis letak signboard Hard Rock Cafe sebelah kiri..yang sebelah kanan mak Gadis punya..hihihi


Selepas perasmian kami para Media dijemput ke Light Up of Asia's tallest Duplo Christmast Tree di Snow Village untuk meraikan Chrismast Celebration

scenery petang

scenery malam

Kat sini ada cabutan bertuah..
Tapi Gadis tak bertuah pada hari tersebut..huhuhu..
^_^



Banyak activiti sepanjang bulan Disember 2016 ni..
untuk celebrate Christmast
Bila malam memang cantik la kan..
penuh dengan lampu lampu..



Memang seronok kalau pegi Legoland terutamanya kalau ada budak budak..

Salah satu activity kanak kanak..^_^

Final Event
semburan buih seperti salji..
hihihi..

Wefie adalah perkara wajib..
hihihi..

lepas tu activity makan..
nyummy..



ok la.
Gadis dah habis review..
   see u olls next entry ya...
daaaaa....

p/s : 
Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah ke laman web dan klik jer 
atau boleh call terus di no
07-5978888